Diriwayatkan
oleh Salman al-Farisi dan Abu Dhar daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau
a.s berkata:
Wahai
Salman, Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah
(2):45 "(wa ista'iinuu bi- al-Sabri wa al-Salaati), maka al-Sabr
"kesabaran" adalah Muhammad (fa-al-Sabr Muhammadun) dan al-Salaat
"sembahyang" adalah wilayahkku (al-Salaat wilaayati).
Lantaran
itu, Dia berfirman "wa inna-ha la-kabiiratun" artinya:
"Sesungguhnya ia adalah berat" dan Dia tidak berfirman: Inna-huma
"sesungguhnya kedua-duanya". Kemudian Dia berfirman: Illaa 'alaa
al-Khaasyi'iin "kecuali mereka yang khusyuk". Dia telah mengecualikan
ahli wilayahku (fa-stathnaa ahla wilaayati al-Ladhiina istabsaruu bi-nuuri
hidaayati).
Wahai
Salman, kami adalah rahsia Allah yang tidak disembunyikan (nahnu sirru llahi
al-Ladhi la yukhfaa) dan cahaya-Nya yang tidak terpadam (wa nuuru-hu al-Ladhi
la yutfaa).
Nikmat-Nya
yang tidak dapat dibalas (wa ni'matu-hu al-Ladhi la tujzaa). Awal kami adalah
Muhammad, pertengahan kami adalah Muhammad dan akhir kami adalah Muhammad
(awwalu-naa Muhammad wa ausatu-naa Muhammad wa aakhiru-naa Muhammad). Sesiapa
yang telah mengetahui kami, maka dia telah menyempurnakan agama yang lurus
(fa-man 'arafa-naa fa-qad istakmala al-Diina al-Qayyim). Wahai Salman, wahai
Jundub, aku dan Muhammad pada masa dahulu adalah satu cahaya , kami bertasbih
sebelum orang lain bertasbih (kuntu wa Muhammad nuuran nusabbi-hu qabla
al-Musabbihaat).
Kami
bercahaya sebelum makhluk (wa nasyriq qabla al-Makhluqaat), maka Allah telah
membahagikan cahaya itu kepada dua: Nabi Mustafa dan Wasi Murtadha (fa-qassama
llhu bi-dhaalika al-Nuura nisfaini: Nabiyyun Mustafa wa wasiyyun murtadha),
maka Allah a.w berfirman kepada yang separuh (al-Nasf): Jadilah kamu Muhammad
(kun Muhammadan) dan kepada yang separuh lagi (al-Nasf): Jadilah kamu Ali (kun
'Aliyyan).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar