Terjemahan dari Kitab Limadha
Akhtartu Madhhab Ahlul-Bait AS karya Syeikh Muhammad Mar’i al-Amin
al-Antaki [Edisi Pertama, Cetakan Halab,
Syiria, 1402 H]
Rasulullah
saw bersabda: “Sesungguhnya aku telah meninggalkan untuk kalian dua pusaka yang
berharga; Kitab Allah dan Itrah Ahlul
Baitku. Selama berpegang pada keduanya, kalian tak akan tersesat selama lamanya.
Dan keduanya tidak akan terpisah hingga
menjumpaiku di telaga Kautsar, di Hari Kiamat kelak”. (H.R. Sahîh Muslim jilid 7, hal
122. Sunan ad-Darimi
jilid 2,
hal 432. Musnad Ahmad
jilid 3,
hal 14, 17, 26 dan jilid 4, hal 371 serta jilid 5, hal 182 dan 189. Mustadrak al-Hakim jilid
3, hal 109, 147 dan 533, juga dalam kitab-kitab induk -hadis yang lain)
Sikap Imam Akbar Ayatullah al-Burujurdi Terhadap Kami
Apabila berita kesulitan
hidup kami sampai kepada Sayyid Syarafuddin RH, dia mengutus surat kepada
Ayatullah al-'Uzma Sayyid al-Husain al-Tabataba'i RH dan menerangkan keadaan
kami. Lalu Ayatullah Burujurdi menolong kami. Pada hakikatnya dialah yang
menyokong kami di dalam menyampaikan mazhab yang benar daripada Allah, Rasul
dan itrahnya yang disucikan AS (‘Alayhimus Salam). Begitulah juga Sayyid
Syarafuddin RH yang telah memainkan peranan yang tidak kurang juga pentingnya.
Karena itu kami membuat keputusan untuk melawat Iraq dan Iran karena
sebab-sebab tertentu.
Lawatanku ke Iraq
Pada tahun 1370H/1950M,
dengan taufik Allah SWT aku dapat menziarahi makam-makam yang suci di Iraq. Aku
juga diberi kesempatan untuk bertemu dengan para ulama dan para mujtahid yang
mulia, dengan penuh kemesraan yang aku tidak dapat membayangkannya.
Bandar Baghdad
Di Baghdad aku menjadi tamu
kepada Sayyid al-Sadr, Perdana Menteri Iraq. Sepanjang aku di Baghdad, aku
berjumpa dengan kebanyakan ulama di Baghdad seperti Allamah Sayyid Hibat al-Din
al-Syarastani, Sayyid Ali Naqiyy al-Hadiri, Ustaz Ahmad Amin, pengarang
buku al-Takamul fi l-Islam dan lain-lain.
Bandar Kazimiyyah Yang Mulia
Aku juga berjumpa dengan
para ulama di Kazimiyyah seperti al-'Allamah Ahmad al-Kisywan, al-'Allamah
al-Sayyid 'Ali al-Sadr, al-'Allamah al-Sayyid Muhammad al-Mahdi al-Isfahani
al-Kazimi, al-'Allamah Syaikh Marzah Ali Zanjani dan lain-lain.
Bandar Karbala al-Muqaddasah
Di bandar ini aku menjadi tamu
kepada al-'Allamah al-Sayyid al-'Abbas al-Kasyani. Aku juga sempat berjumpa
mujtahid Sayyid Mirza Hadi al-Khurasani, Mujtahid al-Sayyid al-Hasan Aghamar,
Mujtahid Syaikh Muhammad al-Khatib, Mujtahid Mahdi Syirazi, Mujtahid Muhammad
Ridha al-Asfahani al-Hai'ri, Mujtahid Sayyid Muhammad al-Tahir al-Bahrani,
Sayyid Murtadha dari keluarga Tabataba'i, al-'Allamah Syaikh Muhammad 'Ali dari
keluarga Syibawaih, Sayyid al-Milani, Syaikh Ja'far al-Rasyti dan lain-lain.
Bandar Najaf al-Asyraf
Di Najaf aku menjadi tamu
kepada Ayatullah al-'Uzma Sayyid al-Muhsin al-Hakim al-Tabataba'i. Semasa di
Najaf aku berjumpa para mujtahid yang masyhur seperti Ayatullah al-'Uzma Sayyid
Mirzah 'Abdu l-Hadi Syirazi, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Mahmud al-Syahrudi,
Ayatullah al-'Uzma Sayyid Abu l-Qasim al-Khu'i. Ayatullah Sayyid al-Husain
al-Hamami, Ayatullah Sayyid Mirzah Agha al-Istahbanani, Ayatullah al-'Uzma
Syaikh Muhammad al-Hasan al-Muzaffar, Ayatullah Syaikh Muhammad al-Baghdadi,
Ayatullah Agha Bazrak al-Tahrani, Al-'Allamah 'Abdu l-Muhsin Ahmad al-Amini,
Syaikh Nasrullah al-Khalkhali dan lain-lain lagi. Mereka menghormatiku sesuai
dengan kedudukanku. Kemudian aku pulang dengan penuh kegembiraan.
Lawatanku ke Iran
Aku meninggalkan Iraq
menuju ke Iran untuk menziarahi malam Imam Ridha AS dan bertemu dengan Marja'
Taqlid Ayatullah al-'Uzma Sayyid Agha Husain al-Thabataba'i al-Burujurdi. Aku
berjumpa dengannya di bandar Qom al-Muqaddasah. Aku mendapatinya seorang yang
tenang, mempunyai kehebatan dan keistimewaan tertentu. Dia menghormatiku
sejajar dengan kedudukanku. Dan aku kembali dengan senang hati.
Aku menyadari bahwa kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia Islam dan
individu-individu yang masyhur datang menziarahinya. Walaupun begitu mereka
tidak dibenarkan berjumpa dengannya secara terus-menerus. Ini disebabkan
kesibukannya melayani urusan Muslimin. Dia telah memberi kepadaku hadiah yang
sesuai dengan kedudukannya dan kedudukanku. Selamat sejahtera di hari dia
dilahirkan dan selamat sejahtera di hari dia dimatikan dan selamat sejahtera di
hari dia dibangkitkan.
Bandar Qom al-Muqaddasah
Sepanjang aku berada di
sini, aku sempat berjumpa dengan para mujtahid yang masyhur seperti Ayatullah
Sayyid Muhammad al-Hujjah, marja' taqlidAyatullah Sayyid Sadr al-Din Sadr,
Ayatullah Sayyid Muhammad Taqi al-Khunsari, Ayatullah Sayyid Syahabuddin Najafi
al-Mar'asyi, Ayatullah Sayyid Kazim Syariat Madari, Ayatullah Sayyid Muhammad
Ridha Gulpaigani, Ayatullah al-'Uzma Sayyid Ruhullah al-Musawi al-Khumaini. Ayatullah
Syaikh Mirzah Ahmad Isytiani, Ayatillah Syaikh Muhammad al-Ghurawi Kasyani dan
lain-lain.
Bandar Khurasan
Di Khurasan aku menziarahi
makam Imam Ridha AS. Aku berjumpa marja' taqlid yang termasyhur Ayatullah
al-'Uzma Muhammad al-Hadi al-Milani dan lain-lain. Aku begitu gembira dengan
layanan dan sambutan mereka yang begitu mesra yang layak dengan kedudukanku.
Aku meneruskan khidmatku untuk menyebarkan mazhab Ahlu l-Bait AS. Meskipun
aku menghadapi berbagai-bagai tekanan
yang menyedihkan. Aku menyerahkan urusanku kepada Allah SWT, karena Dia
sebaik-baik wakil, sebaik-baik maula dan sebaik-baik pemberi pertolongan. La
haula wala Quuwata illabillahi l-'Azim.
Kepada pengemban risalah,
Sayidina Muhammad, penutup para nabi,
kepada shahibul wilayah, khalifah Rasulullah, Amirul Mukminin 'Ali Bin Abi
Thalib As, kepada para Imam al-Haq, keturunan Nabi Saw, yang disucikan dan
diberkati, kepada para wakil mereka, para ulama dan mujtahid, yang bersungguh-sungguh
dalam mengamalkan ilmu mereka, kepada setiap penulis yang objektif dan
mempunyai pikiran tajam serta semangat yang tinggi dalam membela mazhab dan
agama. Aku berharap, mereka menerima persembahan ini, tanpa memandang kekeliruan
penaku dan penyimpangan langkah kakiku. Lantaran, seseorang kendati telah
mencapai kedalaman makrifat, dan meski telah melakukan penelitian yang cermat
pada apa yang ia tulis dan kumpulkan, ia tetap tidak terbebas dari kekeliruan
karena ia memang tidak terjamin bebas dari kesalahan dan kekeliruan. Sesungguhnya
'ishmah (kesucian dari kesalahan dan kekeliruan) hanyalah milik Allah dan orang-orang
yang telah dipelihara-Nya dari kesalahan dan kekeliruan, seperti para nabi dan
para imam dari keluarga Nabi Saw. Aku juga berharap pahala yang banyak dari
Allah Swt dan hendaknya Dia mematikanku dalam keadaan berpegang teguh kepada
wilayah Amirul Mukminin 'Ali bin Abi Thalib As dan para Imam Maksumin As dari keturunannya
yang suci, serta menjadikan buku ini sebagai bekalku kelak di hari Kiamat,
yaitu pada hari harta dan anak-anak tiada berguna, kecuali orang-orang yang
menghadap Allah dengan hati yang bersih. Amin!