Kebenaranlah
aku serukan kepada kamu wahai orang-orang yang beriman, mereka tidak mampu
membunuh Hussain (a.s) dan juga Revolusi Ilahinya yang bertujuan menegakkan
perlantikan Ilahi sentiasa berkekalan di hati orang-orang yang beriman. Bagi
mereka yang mengaku menangisi atau menziarahi Hussain (a.s), Hussain (a.s)
pasti akan melaknat mereka kerana mereka adalah pembunuhnya pada zaman ini.
Mereka telah
cuba untuk menghancurkan revolusi Hussain (a.s) dan mengkaburkan matlamatnya,
tetapi mereka gagal dan Syaitan (l.a) telah memalukan mereka. Setelah tangan
kamu yang suci memegang nyalaan api revolusi Hussein (a.s), dan setelah kamu
memutuskan untuk terus mengekalkan matlamatnya yang diberkati yaitu Ketuhanan
Allah di bumiNYA dengan titisan darah kamu yang suci.
Ahmad Al-Hassan
adalah hamba yang lemah yang tiada suatu pun melainkan keimanan bahawa “Tiada
kekuatan melainkan dengan Allah” dan keimanannya itu sekiranya dia berhadapan
dengan gunung-ganang sekalipun pasti akan dapat dihancurkannya. Aku sedia
maklum bahawa mereka memiliki wang yang tidak terkira banyaknya yang mampu
dilonggokkan ke atas orang-orang yang menyembah mereka selain Allah SWT. Aku
juga maklum bahawa mereka mempunyai mesin media massa, daulah serta kekuasaan
yang mencanang dan mengimplementasikan bagi pihak mereka iaitu Amerika, yang
saling memuaskan antara satu sama lain.
Aku maklum
bahawa mereka memiliki banyak kebendaan dunia ini, tetapi aku akan berhadapan
mereka dengan kalimah ini iaitu “Tiada kekuatan melainkan dengan Allah”.
Dan akan
berhadapan dengan mereka sepertimana Hussein (a.s) berhadapan dengan keturunan
mereka terdahulu. Seluruh dunia akan menyaksikan Karbala baru di muka bumi ini.
Karbala yang
ada Hussein (a.s) dan para Sahabatnya (a.s), dengan bilangan yang sedikit
mengajak kepada kebenaran, dan kepada Ketuanan Allah. Di samping menolak
Ketuanan Manusia, demokrasi ala Amerika dan Saqifa ulama-ulama pasif.
Karbala yang di
dalamnya tetap ada Shurayh Al-Qadhi, Shimr bin Jhawsan dan Shibth bin Rab’iy, ulama-ulama
sesat lagi pasif yang memfatwakan pembunuhan Hussein (a.s).
Karbala yang
tetap ada Yazid bin Muawiyah, Abdullah bin Ziyad, Sirjaun dan Rom iaitu Amerika
dibelakang mereka.
Dunia juga
bakal menyaksikan pertempuran sengit risalah terbaru buat Isa bin Maryam ke
atas Bumi Suci (Iraq).
Di Bumi Suci
tersebut akan wujudnya Isa a.s dan ansar-ansarnya, dengan bilangan yang
sedikit, tertindas lagi sentiasa waspada terhadap manusia kebanyakan yang akan
merenggut mereka.
Akan wujud juga
di Bumi Suci tersebut ulama-ulama Yahudi yang menuntut supaya dibunuh Isa a.s,
dan Rom iaitu Amerika yang menurut permintaan mereka serta berusaha untuk
membunuh Isa a.s.
Telah berkata
Isa a.s: “Wahai ulama jahat, urusan Allah itu bukanlah seperti yang kamu
kehendaki atau yang kamu pilih, bahkan kematian yang kamu rancangkan dan
kebinasaan yang kamu usahakan dan pembukaan jalan kepada waris sebenar.”
Kesemua
pertarungan sengit tersebut telah dan bakal berlaku di bumi ini (Iraq).
Beginilah yang Allah dikehendaki, maka jadilah sepertimana dikehendakinya. DIA
lah yang memenangkan wali-waliNYA, para nabi dan rasulNYA.
“Dan
sesungguhnya telah tetap janji Kami kepada hamba-hamba Kami yang menjadi rasul,
Sesungguhnya mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan. Dan sesungguhnya
tentara Kami itulah yang pasti menang.” (Al Quran 37:171-173)
Tuhan Muhammad
pasti akan menang mengatasi orang-orang yang zalim di bumi ini. DIA pasti akan
menang mengatasi keturunan pembunuh Hussein (a.s) kerana mereka berasa puas
dengan tindak-tanduk nenek moyang mereka.
Barangsiapa di
kalangan kamu yang ingin beriman, maka berimanlah kerana yang murni akan
bertambah kemurniannya dan yang suci akan bertambah kesuciannya selepas itu.
Barangsiapa yang mahu ingkar, maka ingkarlah dan perbanyakkanlah penindasan
agar kamu menjadi lebih berselaput dengan najis.
Ikutilah ulama
pasif kamu, kumpullah kayu api buat menyalakan api untuk Ibrahim (a.s), ejeklah
Noah (a.s), sediakanlah pedang beracun untuk ditetak di kepala Ali (a.s) dan
persiapkanlah kuda-kuda untuk meremukkan dada Hussein (a.s). Tetapi aku tidak
akan sesekali berkompromi, tidak akan ada tawar menawar, tidak akan berhenti
menentang Uthman dan mendedahkannya di khalayak umum.
Benar,
penentangan yang aku hadapi sekarang makin sulit berbanding dengan penentangan
yang dilalui datukku Rasulullah (SAWA), dengan berhala Quraysh kerana mereka
adalah berhala yang diperbuat daripada batu.
Manakala
berhala yang aku tentang hari ini adalah berhala yang memakai baju Rasulullah
(SAWA), menyamar sebagai menjunjung Al-Quran dan mengaku sebagai Naib kepada
Imam Mahdi (a.s).
Berhala yang
memikul legasi peninggalan musuh-musuh para nabi dan rasul, serta mahir dalam
menjunjung Al-Quran di hujung tombak bagi memecahbelahkan tentera Ali (a.s).
Tetapi mereka tidak menyedari bahawa “Tiada kekuatan melainkan dengan Allah”.
Segala puji
bagi Allah. Aku tidak keseorangan, malahan bersama-samaku sekumpulan kecil
mukmin yang aku hormati dengan penuh perhormatan untuk aku berkhidmat kepada
mereka. Mereka menjunjung kebenaran di dalam hati-hati mereka dan berjalan
menuju Allah, menuju Cahaya dan tidak akan redha melainkan dengan Cahaya yang
tiada kegelapan padanya.
“Dan bacakanlah
kepada mereka berita penting tentang Nuh di waktu dia berkata kepada kaumnya:
"Hai kaumku, jika terasa berat bagimu tinggal [bersamaku] dan peringatanku
[kepadamu] dengan ayat-ayat Allah, maka kepada Allah-lah aku bertawakkal,
karena itu bulatkanlah keputusanmu dan [kumpulkanlah] sekutu-sekutumu [untuk
membinasakanku]. Kemudian janganlah keputusanmu itu dirahsiakan, lalu
lakukanlah terhadap diriku, dan janganlah kamu memberi tangguh kepadaku.
(Al-Quran 10:71)
Beginilah yang
Allah kehendaki sepertimana ia biasa dijuarai oleh penindas-penindas dengan
membunuh rasul-rasul dan orang-orang beriman, kerana kami tidak diciptakan
untuk dunia ini tetapi akhirat. Ya Allah, sekiranya ini dapat mencapai redhaMU,
maka ambillah sehingga Engkau Redha
Atau sehingga
Tuhan menterbalikkan zaman ini agar seluruh dunia dapat menyaksikan kemenangan
sebilangan kecil manusia tertindas yang beriman bahawa “Tiada kekuatan
melainkan Allah” dan dapat mengalahkan penindas yang paling kejam, yang pernah
dikenali di muka bumi ini.
Maka
ulama-ulama sesat ini akan berkata, malah terbukti sebahagian mereka telah pun
berkata:”Bunuhlah Ahmad Al-Hassan kerana percakapannya berlawanan ulama”.
Benar, percakapannya bertentangan dengan ulama kerana dia ingin mengembalikan
Sunnah Rasulullah SAWA sepertimana baru.
Apakah jenis
ulama mereka ini? Mereka menentang orang yang mengajak kepada sebahagian
kebenaran, sedangkan aku mengajak mereka kepada kebenaran keseluruhannya, iaitu
sirah para nabi dan rasul, sirah para Imam dan wasiy, sirah Muhammad dan Ali,
sirah Hussein, sirah Imam Mahdi a.s.
Sirah Isa a.s
yang berkata: “Khadamku adalah tanganku, tungganganku adalah kedua kaki, bumi
adalah tilamku, dan batu adalah bantalku. Pemanasku di musim sejuk adalah
sinaran matahari, suluhanku di waktu malam adalah bulan, makananku adalah
kelaparan, sloganku adalah ketakutan, pakaianku adalah bulu biri-biri, buahan
dan selasihku adalah tumbuhan bumi untuk binatang liar dan ternakan. Aku tidur
ketika aku tidak punyai apa pun dan begitu juga ketika aku jaga, namun begitu
tiada seorang pun di muka bumi ini yang lebih mewah dari aku.“
Aku tidak hadir
untuk mengajak kepada kebenaran total atau kebenaran mutlaq, tanpa persediaan
dan persiapan dari Allah SWT.
Allah
menjadikan kamu mengetahui realiti ulama-ulama sesat ini ketikamana DIA telah
mengutuskan ulama-ulama Amilin (yang beramal dengan ilmu mereka) yang mengajak
mereka kepada sesuatu daripada kebenaran, tetapi mereka telah ditentang oleh
ulama-ulama pasif ini dengan pembunuhan dan pengusiran. Mereka membunuh
personaliti ulama-ulama ini bagi membuka jalan kepada penindas-penindas untuk
membunuh jasad mereka dan mengusir mereka, di antara mereka ini adalah Sayyed
Khomeini, Sayyed Muhammad Baqir Al-Sadr dan Sayyed Muhammad Muhammad Sadiq
Al-Sadr.
Telah buta bagi
mata yang tidak dapat melihat kebenaran atau mengabaikannya. Apakah perangkap
yang telah mereka gunakan untuk memerangkap kamu, wahai manusia?
Apakah masuk
akal bila kamu dipaksa setiap kali untuk membunuh nabi, wasi atau ulama aktif
(amilin) ini dan berjalan seiringan dengan ulama-ulama sesat lagi menyesatkan
ini. Setelah berjaya menyingkirkan mereka, kamu pun memukul dada dan
mengalirkan air mata bagi menunjukkan penyesalan atas perbuatan kamu yang keji
itu. [Bersambung]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar