Wahai manusia!
sekalian ulama-ulama sesat tersebut telah menambat hati kamu dengan menyamakan
kepalsuan seakan-akan kebenaran, sesungguhnya syubhah (kesamaran) itu
dinamakan syubhah kerana ia seakan-seakan menyamai kebenaran. Amirul Mukminin
Ali a.s berkata: “Dinamakan syubhah (kesamaran) itu sebagai syubhah kerana
ianya seakan-akan menyamai kebenaran, adapun penaung-penaung Allah (Awliya
Allah) cahaya penyuluh bagi mereka adalah keyakinan dan berbuktikan jalan
petunjuk. Manakala musuh-musuh Allah mengajak kepada kesesatan dan mereka
berbuktikan kesamaran atau kebutaan”.
Mereka telah
mengajak kamu kepada Shura Kecil (Shugra) dan telah mengubah hukum-hakam
Allah sepertimana halnya perlakuan mereka yang berada di Al-Saqifa. Shura utama
(Kubra) telah pun berlaku sebelum ini sepertimana mereka lakukan ke atas Ali
bin Abi Talib (a.s) di Madinah, begitulah juga pada hari ini mereka lakukan
pula ke atas Imam Al-Mahdi (a.s) di Iraq, iaitu pusat pemerintahan Daulah
Al-Mahdi yang diberkati. Hudhaifah bin Al-Yamani dan Jabir bin Abdullah
Al-Ansari meriwayatkan bahawa mereka mendengar Rasulullah (SAWA) bersabda:
“Kesengsaraan, kesengsaraan buat umatku di dalam shura utama (kubro) dan shura
kecil (sughro). Mereka kemudian bertanya tentang keduanya, seraya Rasulullah
SAWA bersabda: Adapun Shura besar akan berlaku di Madinahku selepas kewafatanku
bagi merampas kekhalifahan saudaraku dan hak anak perempuanku. Adapun Shura
kecil itu akan berlaku ketika Ghaibah utama (Kubro) (merujuk kepada ghaibnya
Imam Al-Mahdi (a.s) secara total dari pandangan umum) di Zawra (Baghdad) untuk
mengubah Sunnahku dan menukar hukum-hakamku.”
Dalam satu
riwayat yang panjang dari Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib (a.s), dia berkata:
“Wilayah kekuasaan akan kembali ke Zawra (Baghdad) dan urusan akan berjalan
dengan shura (pemilihan). Barangsiapa yang mengatasi ke atas selainnya akan
melakukan sedemikian. Pada ketika itu, akan keluarnya Sufyani yang akan
bermaharajalela menindas manusia dengan siksaan yang mengerikan di muka bumi
selama Sembilan bulan...”. Sehingga dia (a.s) berkata:”Setelah itu akan
keluarnya Al-Mahdi yang memberi petunjuk dan mendapat petunjuk kebenaran, yang
akan mengambil panji dari tangan Isa bin Maryam a.s.”
Wahai sekalian
manusia! aku berseru kepada kamu untuk menyelamatkan diri kamu dari godaan
ulama-ulama sesat yang sesat lagi menyesatkan. Renungkanlah kembali situasi
yang telah terjadi pada umat-umat terdahulu. Apakah kamu dapati ulama sesat ini
membantu mana-mana nabi atau mana-mana wassiy (khalifah)? Oleh itu, janganlah
kamu ulangi perbuatan yang sama kembali dengan mengikut jejak langkah ulama
sesat ini dan bertindak menentang pemegang wasiat (wasiy) bagi Imam Mahdi
(a.s), sepertimana halnya umat-umat terdahulu telah mengikuti jejak langkah
ulama sesat dalam memerangi para awsiya (khulafa) dan nabi-nabi yang diutuskan.
Insaflah diri
kamu buat kesekian kalinya dan tanyalah diri kamu soalan ini, “Pernahkah kamu
bertanya Rasulullah (SAWA) dan para Imam (a.s) berkenaan ahli-ahli fiqh atau
ulama akhir zaman, sebelum kamu bertanya kepada ulama akhir zaman tentang wasi
(khalifah) bagi Imam Mahdi (a.s)? Pernah kamu bertanya Al-Quran tentang ulama
ketikamana diutuskan nabi dan wasi, apakah sikap yang sentiasa ditunjukkan
mereka? Pernahkah kamu bertanya Al-Quran, siapakah yang menyalakan api untuk
membakar Nabi Ibrahim (a.s)? dan siapakah yang mahu membunuh Nabi isa (a.s)?
dan siapakah penentang Nabi Nuh, Hud, Saleh, Shuaib, Musa, Yunus, kesemua
nabi-nabi dan wasi-wasi (a.s)?
Jika kamu tidak
menginsafi diri kamu dan tidak menjawab persoalan ini sekarang, maka sudah
pasti kamu akan menjawabnya di neraka nanti sepertimana jawapan Al-Quran: “Dan
mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak
ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan
yang benar.” (Al Quran 33: 67)
Sekiranya kamu
bertanya Allah SWT di dalam Hadis Mi’raj pasti kamu akan mendapatkan
jawapannya, sepertimana Rasulullah SAWA telah bertanya Allah SWT di dalam
riwayat yang panjang sehingga ke sabda baginda: Aku berkata, “Ya Tuhan, bilakah
ianya akan berlaku (merujuk kepada kemunculan Qaim)?, Allah telah mewahyukan
kepadaku, “Ia pasti akan berlaku bila lenyapnya ilmu dan kejahilan berleluasa,
bertambahnya pembaca Al-Quran dan berkurang pengamal-pengamalnya, berleluasanya
pembunuhan, dan berkurangnya ulama feqah yang benar berbanding ulama feqah yang
sesat lagi khianat.”
Rasulullah SAWA
bersabda dalam hadis yang lain: “Akan datang zaman ke atas umatku bila tiada
satupun yang tinggal dari Al-Quran melainkan tulisannya dan Islam melainkan
namanya sahaja, mereka yang menggelarkan diri mereka dengan Islam adalah yang
paling jauh dengannya, masjid-masjid mereka dibina dengan indah namun kosong
dari petunjuk. Ulama pada zaman tersebut adalah sejahat-jahat ulama di bawah
lindungan langit, akan lahir daripada mereka ujian (fitan) dan kepada mereka
ujian itu akan dikembalikan.”
Aku berseru
kepada kamu, wahai manusia! tinggalkanlah penyembahan berhala-berhala (merujuk
kepada ulamak sesat) itu kerana mereka telah menghalalkan apa yang diharamkan
Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan Allah. Tindakan kamu mematuhi mereka
bermakna kamu menyembah mereka selain dari Allah SWT. Daripada Abi Baseer, daripada
Al-Sadiq (a.s), telah berkata: aku berkata kepadanya: “Mereka menjadikan
pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai Tuhan selain dari Allah.”
Seraya dia (a.s) berkata lagi: “Demi Allah tidak sedemikian, mereka tidak
mengajak manusia untuk menyembah mereka kerana jika mereka mengajak manusia
untuk menyembah mereka sudah pasti tidak akan dijawab seruan mereka. Sebaliknya
mereka menjadikan yang halal itu haram dan yang haram itu halal, dari situ
manusia telah menyembah mereka secara tidak mereka sedari.”
Aku menyeru
kamu untuk mengiktiraf Ketuanan Allah dan menolak Ketuanan Manusia. Aku menyeru
kamu supaya taat kepada Allah dan menolak ketaatan kepada syaitan serta
kepatuhan kepada sekutu-sekutunya dari kalangan ulama-ulama pasif.
Aku mengajak kamu
supaya takut kepada Allah SWT dengan mengakui Ketuanannya dan menolak selain
darinya tanpa memperdulikan realiti politik yang dicorakkan oleh Amerika.
Aku menyeru
kepada kamu supaya menolak kebathilan walaupun ia sesuai dengan selera kamu.
Aku mengajak kamu supaya mangakui dan mengikuti kebenaran walaupun tiada
manusia di dunia ini yang mahu kepadanya.
Teruslah
bersama pahit kebenaran kerana di dalam kepahitannya itu ada penawar bagi
penyakit kronik. Teruslah bersama kebenaran yang tidak akan meninggalkanmu
sebarang kawan.
Teruslah
bersama cahaya kebenaran sedangkan kamu tidak menginginkan selain daripada
Allah SWT dan juga hari Akhirat, jauhilah daripada segala perhiasan dunia dan
kegelapannya.
Telah berkata
Abu Dzar Al-Ghifari: “kekasihku Rasulullah SAWA telah bersabda: Berkata
benarlah wahai Abu Dzar, dan sejak dari itu aku telah berkata benar sehinggakan
ianya meninggalkanku tanpa sebarang kawan.” Sebagaimana kamu telah membaca di
dalam Al-Quran:
“Katakanlah
(wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang
memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah
yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah
juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang
menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja
adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Al Quran 3:26)
Juga sebagaimana
yang kamu laung-laungkan di dalam ibadah Haji:
“Aku patuhiMU
Ya Allah, aku patuhiMU, aku patuhiMU, tiada sekutu bagi kamu, aku patuhiMU,
Segala puji dan nikmat bagi kamu segala kekuasaan, tiada sekutu bagi kamu.”
Praktikkanlah
ayat ini dan aplikasikan kepatuhan (Talbiyah) ini, pada saat itu kamu akan
dapati bahawa perlantikan (khalifah) itu adalah di tangan Allah dan bukan di
tangan manusia. Apa yang tidak kena dengan kamu? Apa pula penilaian kamu?
“Aku patuhiMU
Ya Allah, aku patuhiMU, bagi kamu segala kekuasaan, tiada sekutu bagi
kamu.” Walaupun mereka menidakkan KekuasaanMU dan KetuananMU samada di zaman
terdahulu atau di akhir zaman.
Dan mereka yang
menidakkan perlantikan Allah serta pengikut-pengikut mereka akan mengetahui
kelak ke tempat mana mereka akan kembali.
Sesungguhnya
kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang bertaqwa iaitu mereka yang
tidak sesekali menerima sebarang pengganti kepada perlantikan Allah dan tidak
menjadikan sebarang sekutu bagi Allah dalam KekuasaanNYA.
Adalah amat
mengaibkan untuk mengulang-ulangi kata-kata (Talbyiah) di dalam Ibadah Haji
mereka, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak mempraktikkannya dan tidak
pula mengakui lantikan Allah (khalifahnya) atau KekuasaanNYA seolah-olah mereka
adalah binatang ternakan, tidak dapat menghayati apa yang mereka ucapkan. Malah
mereka lebih sesat dari itu kerana mereka diciptakan untuk menghayati apa yang
diucapkan, tetapi tetap merendahkan martabat mereka.
Dan [inilah]
suatu permakluman dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji
akbar bahwa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang
musyrikin. Kemudian jika kamu [kaum musyrikin] bertaubat, maka bertaubat itu
lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya
kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir
[bahwa mereka akan mendapat] siksa yang pedih.
Hanya kebenaran
yang aku katakan kepada kamu wahai orang-orang yang beriman, Yazed (Laknat
Allah ke atasnya) tidak boleh membunuh Al-Hussain a.s.
Kerana Hussain
a.s telah bangkit untuk menegakkan Ketuanan Allah yang ditolak dalam peristiwa
Al-Saqifa dan Shura besar.
Hussain a.s
telah berjaya menegakkan Ketuanan Allah dengan meletakkan kekuasaan dan
perlantikan itu milik Allah iaitu di tangan Allah dan bukannya di tangan
manusia.
Hasil daripada
titisan darah Hussain (a.s), ahli keluarganya, dan para sahabatnya telah
membuahkan umat yang beriman dan sanggup bersemuka dengan para penzalim
(taghut) yang menguasai pemerintahan umat ini.
Umat yang
beriman ini tidak pernah redha dengan khalifah selain daripada yang dilantik
oleh Allah SWT selama lebih seribu tahun.
Tetapi selepas
itu hadir ulama pasif (Ghayru Amilin) di akhir zaman memusnahkan apa yang telah
dibina oleh Hussain (a.s) dengan titisan darahnya yang suci.
Mereka hadir
dengan penegakkan Ketuanan Manusia dan penolakkan Ketuanan Allah. Mereka
menjual agama Allah dengan nilaian keduniaan yang sedikit, sekaligus
beranggapan bahawa minda mereka yang tidak sempurna itu mampu mengenalpasti
kepentingan dunia umat ini, tanpa mengambil peduli nasib umat ini di akhirat
kelak. [Bersambung]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar