Kemudian kamu
mengulangi perkara yang sama berulang-ulang kali dalam mengikuti ulama-ulama
sesat ini atau dengan kata lainnya kamu dipatuk oleh ular yang sama dari lubang
yang sama setiap kali. Sedarlah wahai mereka yang lena. Sedarlah wahai mereka
yang mati.
Tahukah kamu
statusku dan status mereka dari kalangan ulama pasif dari lidah Isa a.s? Oleh
itu, dengarkanlah perumpamaan ini dari Isa a.s:
“Di sana
terdapat pemilik ladang anggur yang meninggalkan ladangnya kepada
pekerja-pekerjanya dan pergi berjauhan. Setelah itu didapati beliau mengutus
wakil-wakilnya untuk menuntut semula ladang tersebut dan juga hasilnya, namun
pekerja-pekerjanya telah membunuh wakil-wakil tersebut. Kemudian beliau
mengutuskan anaknya dan berkata, “Mereka hendaklah takut kepada anakku dan
menyerahkan kembali ladang dan segala hasil kepadanya.”
Tetapi apabila
mereka melihat sang anak tersebut mereka berkata, “Ini adalah satu-satu anaknya
dan dia adalah pewarisnya, mari kita bunuh dia supaya ladang dan hasilnya kekal
di tangan kita.”
Mereka yang
merampas ladang tersebut adalah ulama sesat dan pemiliknya adalah Imam Mahdi
a.s, dan wakil-wakil yang diutuskannya adalah ulama-ulama aktif (amilin) yang
dibunuh dan diusir. Manakala anaknya, dialah yang menyerukan kepada kamu
sekarang ini: Sedarlah wahai mereka yang lena. Sedarlah wahai mereka yang mati.
Bangunlah
“Dan tidak
[pula] sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya
Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu
sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat
mendengar.” (Al-Quran 35:22). Sedarlah wahai mereka yang lena. Sedarlah mereka
yang mati, kerana ulama-ulama pasif ini bermatlamat dunia mereka, sama matlamat
dunia Harun (Al-Rashid) iaitu untuk membunuh atau memenjarakan Musa bin Jaafar
a.s.
Sedarlah wahai
mereka yang lena. Sedarlah wahai mereka yang mati. Janganlah kamu ikuti
ulama-ulama pasif ini dan berjalan seiringan dengan mereka ke jurang neraka. Kembalilah
kepada Allah kerana DIA SWT dalam setiap apa yang telah dan sedang diperbuatNYA
di Iraq dan seluruh dunia, adalah untuk menarik perhatian manusia agar mereka
kembali mendapat petunjuk kepada kebenaran.
Allah SWT
berfirman: “Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena
perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari
[akibat] perbuatan mereka, agar mereka kembali [ke jalan yang benar].”
(Al-Quran 30:41)
FirmanNYA lagi:
“Dan sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat
sebelum azab yang lebih besar; mudah-mudahan mereka kembali [ke jalan
yang benar].” (Al-Quran 32:21)
FirmanNYA lagi:
“Dan tidaklah Kami perlihatkan kepada mereka sesuatu tanda kecuali ia lebih
besar dari tanda-tanda yang sebelumnya. Dan Kami timpakan kepada mereka azab
supaya mereka kembali [ke jalan yang benar].“ (Al-Quran 43:48)
FirmanNYA lagi:
“Dan demi sesungguhnya! Kami telah binasakan negeri-negeri yang ada di
sekeliling kamu dan Kami telah menerangkan tanda-tanda (kekuasaan Kami),
supaya mereka kembali (bertaubat).” (Al-Quran 46:27)
Kembalilah
kepada Allah, kembalilah kepada kebenaran, kembalilah kepada Kitab Allah dan
tuan punyanya, kerana dengan kembali kepada kebenaran adalah yang terbaik buat
kamu di dunia mahupun akhirat. Ia juga merupakan keselamatan buat kamu daripada
azab siksaan di dunia ini maupun di akhirat kelak.
Tiada pilihan
lain lagi untuk keselamatan kerana hari ini adalah Hari Allah (Yaum Allah) yang
mana pendokong-pendokongnya (awliya) pasti menang. “Dan [Ibrahim] menjadikan
kalimat itu kekal pada keturunannya supaya mereka kembali.“ (Al-Quran 43:28)
Telah berkata
Amirul Mukminin Ali a.s: “Dan sesungguhnya akan datang kepada kamu zaman
selepas aku ketikamana tiada satu pun yang lebih tersembunyi melainkan
kebenaran, tiada yang lebih terungkap melainkan kebathilan atau lebih terbiasa
selain berbohong terhadap Allah dan juga RasulNYA. Dan Tiada barangan jualan
yang lebih murah harganya pada manusia zaman itu melainkan Al-Quran bila dibaca
dengan pembacaan sebenar dan tiada yang lebih berharga melainkan bila ia
diseleweng daripada maksud sebenarnya. Dan tiada yang lebih tertolak di bumi
ini melainkan kebaikan serta lebih diterima ramai melainkan kemungkaran.
Maka Al-Quran
dikesampingkan oleh pembawanya, manakala dilupakan oleh orang yang
menghafaznya. Al-Quran dan penjunjung sebenarnya pada zaman itu adalah orang
buruan yang dinafikan, kedua-duanya tidak dapat dipisahkan dan berjalan seiring
di jalan yang sama, yang tiada tempat berteduh untuk berlindung.
Al-Quran dan
penjunjungnya pada masa tersebut berada di tengah-tengah manusia kebanyakan
tetapi tidak tergolong di dalam mereka atau bersama-sama dengan mereka.
Kerana
kesesatan dan petunjuk tidak mungkin akan bersetuju dan bersatu. Begitu
juga kaum manusia bersepakat atas perpecahan dan berpecah-belah dalam
persatuan, seolah-olah mereka adalah imam (pemimpin) kepada Kitab (Al-Quran)
dan bukan Kitab sebagai imam mereka.
Justeru, tiada
apa yang kekal pada mereka melainkan namanya, dan tidak diketahuinya melainkan
tulisan dan manuskripnya. Sepertimana sebelumnya mereka telah mencacat celakan
orang-orang yang soleh dengan pelbagai cara, dan menggelar kejujuran mereka
tentang Allah sebagai fitnah, dan membalas perbuatan baik dengan perbuatan
jahat.
Wahai
orang-orang yang beriman, hari ini adalah hari Haji, tahniah ke atas haji kamu;
tiada bezanya samada kamu berada di hadapan Kaabah atau di rumah.
seolah-olah kamu
mengerjakan ibadah haji walaupun berada di rumah kamu kerana Rumah Allah itu
ada di dalam hati kamu.
Hakikatnya,
Allah telah memfardhukan ibadah haji ke atas manusia untuk mereka memberikan
bai’ah (taatsetia) dan pertolongan mereka kepada Qaim dari Keluarga Muhammad.
Oleh itu, bagi mereka yang berpaling dari memberi taatsetia dan membantu
Qaim dari Keluarga Muhammad, kepada siapakah mereka memberikan bai’ah
atau taatsetia mereka?
Kebenaran yang
aku serukan kepada kamu, mereka telah mati tidak lagi hidup dan tidak menyedari
bila mereka akan dibangkitkan semula. Orang-orang Arab Jahiliyyah sering
melakukan haji; “Sembahyang mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain
hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu
itu.” (Al-Quran 8:35)
Mereka pada
hari ini adalah sama seperti mereka-mereka yang terdahulu, “Maka sesungguhnya
untuk orang-orang zalim ada bahagian [siksa] seperti bahagian teman-teman
mereka [dahulu]; “maka janganlah mereka meminta kepada-Ku menyegerakannya.”
(Al-Quran 51:59)
Sesungguhnya,
Allah telah memberi peringatan kepada mereka yang berpaling daripada azab. Maka
tiada lagi alasan bagi mereka yang telah diberikan peringatan: “Dan
sesungguhnya jika Kami undurkan azab dari mereka sampai kepada suatu waktu yang
ditentukan, niscaya mereka akan berkata: Apakah yang menghalangiNYA? Ingatlah,
di waktu azab itu datang kepada mereka tidaklah dapat dipalingkan dari mereka
dan mereka diliputi oleh azab yang dahulunya mereka selalu
memperolok-olokkannya.” (Al-Quran 11:8)
Segala puji
hanya bagi Allah semata-semata. Ya Allah, bagiMU segala puji dan pengharapan.Ya
Allah, aku sebelum ini tidak mengetahui tentang Kitab atau Iman, maka Engkau
berikan aku pengetahuan.
Ya Allah,
sebelum ini aku tersesat maka Engkau berikan petunjuk kepadaku.
Ya Allah,
sebelum ini aku tersalah jalan maka Engkau telah tunjukkan aku jalan.
Ya Allah,
sebelum ini aku sakit maka Engkau sembuhkan aku.
Ya Allah,
sebelum ini aku bertelanjangan maka Engkau pakaikan aku pakaian.
Ya Allah, sebelum
ini aku kelaparan maka Engkau berikan aku makanan.
Ya Allah,
sebelum ini aku kehausan maka Engkau berikan aku minuman.
Ya Allah,
sebelum ini aku miskin maka Engkau kayakan aku.
Ya Allah,
sebelum ini aku yatim piatu maka Engkau berikan aku perlindungan.
Tiada dayaku
mengucapkan syukur kepadaMU kerana aku tidak melihat sebarang kebaikan
melainkan daripadaMU.
Tiada siapa
yang mampu menangkis kejahatan daripadaku melainkan Engkau.
Maka segala
puji bagiMU sepertimana sepatutnya bagi kemuliaan wajahMU dan KeagunganMU.
Ya Allah,
selawat ke atas Muhammad serta ahli keluarganya, dan bukakanlah pintu hatiku
untuk mengingatiMU agar dapatku menghayati wahyuMU, mengikuti perintahMU dan
meninggalkan segala laranganMU.
Ya Allah,
selawat ke atas Muhammad serta ahli keluarganya, janganlah Engkau palingkan
wajahMU daripadaku, dan janganlah Engkau cegahkan aku dari mendapat
kelebihanMU, janganlah Engkau nafikan aku dari kemaafanMU.
Jadikanlah aku
pembantu kepada penaung-penaungMU dan memusuhi musuh-musuhMU.
Kurniakanlah
aku keinginan daripadaMU dan kecenderungan kepadaMU, penyerahan kepada
perintahMU, kepercayaan kepada KitabMU dan mengikuti sunnah NabiMU Muhammad
SAWA.
Ya Allah, jadikanlah
perjalanan hidupku sebagai ratapan, diamku sebagai berfikir dan kata-kataku
sebagai zikir, ampunkanlah dosa besarku dan sertakanlah bersekali dengan
bapa-bapaku para solihin, segala puji hanya untukMU dari awal hingga ke akhir,
zahir dan batin.
Ya Allah,
sampaikanlah salamku kepada rasulMU yang mendapat pertolongan, dibantu lagi
ditunjukkan, penyedar lagi penyebar Muhammad SAWA.
Aku memohon
kemaafan, keampunan serta bertaubat kepadaMU dan kepada dia (Muhammad SAWA)
dalam sebarang kecacatan dalam menyampaikan risalah mengenai KhalifahMU dan
anaknya yang tertindas iaitu Muhammad bin Al-Hassan (Imam Mahdi a.s), selawatMU
ke atas dia dan bapa-bapanya yang suci.
Sejahtera ke
atas mukminin dan mukminat di timur dan juga di barat, dan semoga Allah mencucuri
rahmat dan berkat ke atas kamu semua. []